11 tahun yang lepas, tidak pernah saya terfikir satu hari nanti saya akan menjadi seorang hairstyler. Bukan kerana minat yang menyebabkan saya masuk dalam bidang dandanan rambut.
Tetapi kerana kesempitan hidup lah yang menyebabkan saya terjebak dan mencari pendapatan untuk menanpung hidup. Dan sehinggalah saya di terima bekerja di kedai gunting rambut yg di kenalkan oleh kenalan saya.
Pada permulaan keja saya . Gaji saya ketika itu tak banyak hanya rm 500 sebulan sahaja. Selama 6 tahun saya bekerja sebagai free hairtsyler dengan hanya satu kedai sahaja. Di ibaratkan saya ni setia la hehe.
Pelbagai pengalaman yang saya dapat.
Bermula nya saya memiliki salon saya selepas 6 tahun saya berkerja, dan saya mendapat tawaran dari bos saya sendiri utk membeli kedai salon yg dia miliki. Ini adalah kerana dia mempunyai 2 kedai, dan ingin melepaskan salah satu
kerana tidak larat berulang alik 2 kedai setiap hari. So, Alhamdulillah berkat selama saya bekerja ini. saya dapat meyimpan sedikit duit. So, saya pun membeli kedai salon yg di miliki oleh bos saya sendiri.
Alhamdulillah, perniagaan salon saya mendapat sambutan , dari saya seorang yg usahakan, kini saya ada 8 orang pekerja dan 2 buah kedai. Sale saya dari puluhan ribu setahun kini meningkat ke 300 ke 400 ribu setahun .
Saya tidak pernah gagal dalam bidang salon, tetapi saya pernah susah sangat dalam hidup kerana ingin mencari pendapatan. Bayangkan saya dulu duduk dan hidup dalam ladang
kambing dan tiada rumah. So, saya rasa anda boleh bayangkan betapa susahnya saya. Tapi saya tetap bersyukur kerana ALLAH S.W.T itu maha adil. Siapa yang berusaha ALLAH akan bantu
. Dan Alhamdulillah, kini saya berjaya membantu ibu saya dan 8 orang pekerja serta dan saya juga berjaya memiliki kereta idaman saya .
Dan pada tahun ini, saya telah berjanji untuk membantu anda yg di luar saya untuk menambah pendapatan dan kehidupan anda dengan lebih baik.